Wednesday, June 4, 2014
orkid CYMBIDIUM FINLAYSONIANUM
Jenis ini senang di dapati di dalam malaysia , tahan panas dan senang berbunga jika sentiasa menjaganya..
mempunyai 18-20 kumtum bunga dalam 1 tangkai.. jika kena dengan hari tuah anda , pokok tersebut
akan mengeluarkan 4-5 tangkai sekali gus menghasilkan hampir 100 kumtum bunga .
bunga tahan sehingga 1 bulan bergantung pada penjagaan ..jenis ini senang membiak .
ehsan pic google
saya juga ada menjual jenis ini dalam 1 rumpum dalam 3-5 batang
rm 55 sepasu .
orkid belina ( spesis )
<< pic dari
Phalaenopsis Bellina
Anggrek ini sudah tidak asing lagi bagi penggemar anggrek. Budidayanya sudah dimulai sejak tahun 1861. Tumbuhan ini secara alami tumbuh di Kalimantan, Sumatera dan Semenanjung Malaya. Beberapa Negara sekarang juga telah membudidayakannya. Nama latin dari anggrek cantik ini adalah Phalaenopsis bellina. Di Indonesia dikenal dengan nama anggrek kelip. Nama itu diberikan karena bentuk dan warna bunganya yang menyerupai bintang yang sedang berkelap-kelip.
jenis spesis belina ini senang berbunga dan memerlukan cahaya yang tidak keterlaluan untuk membiakkan jenis ini.
saya juga ada menjual jenis yang ini dengan sepasu rm 55 bergantung umur pokok tersebut .
bunga tersebut wangi..
anak benih belina rm 12 sepasu dan minimum order 5 pasu .
Orkid Hutan ( Harimau )
Di sini saya menerangkan secara ringkas mengenai orkid harimau ni..
Grammatophyllum speciosum Bl.
Nama-nama lamanya ialah :
Grammatophyllum fatuosum Lindl.
G. macranthum Reichb.f.
G. wallisii Reichb.f.
G. giganteum Bl.
G. sanderianum Hort. -
Pattonia macrantha Wight
dan hanya sedikit daun di apeks.
Grammatophyllum fatuosum Lindl.
G. macranthum Reichb.f.
G. wallisii Reichb.f.
G. giganteum Bl.
G. sanderianum Hort. -
Pattonia macrantha Wight
dan hanya sedikit daun di apeks.
POKOK : dipercayai ia adalah orkid spesis yang terbesar sekali di dalam genusnya. Saiz dan ketinggian pseudobulbnya yang tumbuh seperti pokok tebu (2.5 m). Holttum mencatitkan dua bentuk pokok ini yang berlainan, namun kedua-duanya menghasilkan bunga yang sama :
- Pokok yang mempunyai pseudobulb yang panjang serta berisi dan berdaun banyak
- Pokok yang mempunyaipseudobulb yang agak pendek dan lebih tebal.
Pokok Anggerik Harimau ini boleh membentuk satu gugusan yang besar di mana beratnya mencapai dari beberapa ratus kilogram hingga ke satu tan !
DAUN : adalah panjang, agak tirus dan tebal.
PERBUNGAAN : keluar dari dasar rumpun seperti pucuk buluh (rebung). Panjangnya mencapai sehingga 2 meter dan menghasilkan bunga yang banyak. Kuntuman bunga yang di sebelah bawah biasanya tidak sempurna. Contoh; bunganya hanya ada sepal dan petal tanpa mempunyai lidah dan column serta jarak di antara bunganya adalah jauh tetapi di bahagian apeks pula bunganya akan tersusun cantik dan rapi . Tangkai bunganya adalah panjang dan tebal.
BUNGA : Setiap bunganya adalah serupa dengan Cymbidium kecuali ada sedikit kelainan di bahagian lidah. Pendebungaan bagi kedua-duanya adalah tidak sama. Saiz bagi sepal dan petal yang berwarna kuning kehijauan bagi anggerik harimau adalah agak sama serta mempunyai tompokan/bintik perang pekat .
Panjang lidahnya pula adalah kira-kira separuh daripada panjang sepal.Ia memiliki tanda perang-kemerahan dan berambut halus. Bahagian tengah ada tiga bentuk sampan. Bahagian tepi adalah tegak dan memiliki banyak jalur perang .
Column berwarna hijau pucat, bawahnya putih dengan tompokan ungu. Kedua-dua belah dasar column bercantum dengan dasar lidah untuk membentuk seperti mangkuk .
Secara semulajadinya, G. speciosum adalah tumbuhan epifit. Batang pokok boleh kelihatan berjuntaian ke bawah dari dahan pokok atau palma sepanjang anak air atau sungai di kawasan tanah-rendah.
Akar aerial boleh kelihatan menjalar di pokok yang ditumpanginya, bagi menyokong berat bagi keseluruhan pokok anggerik hutan tersebut. Spesis ini boleh di temui di Thailand hingga ke Malaysia, Indonesia dan juga di Kepulauan Filipina. Ada sesetengah yang mengatakan G. papuanum dari New Guinea, dikatakan spesis yang belum begitu jelas lagi tetapi ia adalah variasi kepada G. speciosum.
PENANAMAN
Anggerik harimau ini boleh ditanam seperti orkid terestrial yang lain. Oleh kerana saiznya yang agak besar, adalah lebih baik sekiranya ia ditanam di atas tanah, daripada dalam pasu atau bekas; boleh juga ditanam di tempat binaan sendiri seperti batu atau batu bata dan sebagainya. Ini adalah untuk memastikan pengairan yang baik. Akarnya haruslah ditutup dengan tanah kompos atau peroi. Baja dari haiwan hendaklah di pupuk sekali sekala. Anggerik ini memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi.
Anggerik harimau ini boleh ditanam seperti orkid terestrial yang lain. Oleh kerana saiznya yang agak besar, adalah lebih baik sekiranya ia ditanam di atas tanah, daripada dalam pasu atau bekas; boleh juga ditanam di tempat binaan sendiri seperti batu atau batu bata dan sebagainya. Ini adalah untuk memastikan pengairan yang baik. Akarnya haruslah ditutup dengan tanah kompos atau peroi. Baja dari haiwan hendaklah di pupuk sekali sekala. Anggerik ini memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi.
G. Speciosum dikenali sebagai “Orkid Harimau” di tempat kita manakala di Filipina ia dikenali sebagai Orkid Gergasi (Giant Orchid), Orkid Permaisuri (Queen Orchid ) atau Orkid Tebu (Sugar-cane Orchid). Nama spesifikasinya berasal dari perkataan speciosum; bermaksud tampan atau menyerlah. Bryan melapurkan dalam American Orchid Society Bulletin (1947) bahawa anggerik ini yang ditanam di dalam tamannya di Hawaii telah tumbuh hingga membentuk rumpun kira-kira 9 kaki lebarnya (diameter) 10 – 12 kaki tinggi setelah 16 tahun menanamnya. Ia telah menghasilkan lebih 10,000 bunga pada musim bunganya yang pertama. Ia tidaklah semudah itu di mana bukan semua penanam orkid akan dapat menghasilkan seperti ini di mana G. speciosum bukan sentiasa mengeluarkan bunga. Anggerik ini tidak akan menghasilkan bunganya yang pertama sehinggalah mencapai tahun ke 7 – 9 selepas penanamannya.
contoh ehsan google bergini lah rupanya orkid harimau
Orkid nie orang kata susah nak berbunga.. tapi jika dah rezeki akan berbunga juga....
oleh itu saya akan menjual koleksi yang saya ada di rumah umur dalam 2-thn keadaan sehat
dalam satu pasu ada beberapa batang yang sedar..
pm / wastp 01131700423
![]() |
| rm 250 sepasu orkid harimau |
![]() |
orkid harimau hybird rm 200 sepasu dan belum berbunga dan
akan berbunga rm 130
|
hanya ada beberapa pasu sahaja...
Monday, May 12, 2014
Jenis Jenis orkid liar hutan
Saya juga ada menjual sebahagian orkid jenis hutan liar , kepada peminat jenis orkid liar ini.
boleh hubungi saya untuk beberapa jenis.. stok ready adalah jenis orkid harimau ketinggian dalam 3-4kaki
satu pasu dalam 2-3 cabang . pic akan saya loadkan kemudian dan beberapa jenis orkid liar yang masih ada.
01131700423
Sunday, May 4, 2014
POKOK AYAM EMAS (Cibotium barometz)
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pokok Ayam Emas ialah sejenis pokok paku gajah dalam keluarga pakis Dicksoniaceae. [1] Ia juga dikenali sebagai Penawar Jambi, Pakis Monyet, Pakis Emas, Pakis Sun Go Kong dan juga Pakis Hanuman, dangolden chicken fern dalam bahasa Inggeris. C. barometz merupakan tumbuhan asal sebahagian China dan sebelah barat Semenanjung Malaysia. Pokok ini tumbuh hanya pada ketinggian 1 m (3 ka 3 in), apabila tegak tetapi sering kali rundup, membentuk kelompok di cerun hutan terbuka dan di kawasan dibuka. Bukaannya mencecah panjang hingga 3 m (10 ka).
Herba ini mempunyai kegunaan perubatan. Bulu pokok ini dikatakan boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sungguhpun mempunyai taburan yang luas, ia dikutip secara meluas di Asia Tenggara, menyebabkan kemerosotan dalam saiz populasi dan jumlah individual. Ia dipercayai sebagai "Vegetable Lamb of Tartary" pada zaman pertengahan.
Spesies ini merupakan salah satu sejumlah kecil pokok pakis yang pada awalnya diletakkan oleh Carl Linnaeus dalam keluarga pakisPolypodiaceae dalam bukunya Species Plantarum.[1]
| Pokok Ayam Emas | |
| Pengelasan saintifik | |
|---|---|
| Alam: | Tumbuhan |
| Divisi: | Pteridophyta |
| Kelas: | Pteridopsida |
| Order: | Cyatheales |
| Keluarga: | Dicksoniaceae |
| Genus: | Cibotium |
| Spesies: | C. barometz |
| Nama binomial | |
| Cibotium barometz (L.) J.Sm. | |
| Sinonim | |
Polypodium barometz L.
| |
KHASIAT DARIPADA POKOK TERSEBUT
Kegunaan:
Menstabilkan darah tinggi dan kencing manis,
Membuang angin dalam badan,
Melegakan sakit urat.
Penyakit resdung
Cara guna:
Rebus atau rendamkan dalam air mendidih.
1 keping untuk 500ml air.
Minum setelah suam,
1 cawan 1 kali sehari
bulu dari daun tersebut boleh stabil kan pendarahan kecil yg berlaku , ubi dari pokok tersebut atau batang kayunya di potong beberapa hiris dan di redam kan dalam air panas.
sy ada menjual yang kecil yang serdahana dan besar
harga yang besar rm 230.boleh tawar menawar
pos boleh di buat .
kegunaan nya seperti di atas
dan ada juga buat sebagai pokok hiasan
boleh tahan 2 tahun tanpa letak dalam atau atas tanah
pokok tersebut boleh setinggi pinggang manusia dewasa dan
akan keluarkan anak benihnya . siram 2-3 kali seminggu .
amat amat klasik.
watshup : 01131700423
Maha peyembuh segala peyakit adalah Allah . kita iktiar sebagai tanda kita adalah hamba kepada Nya.. InsyAllah . Tiada Upaya DayaNya kecuali Allah .
Saturday, March 1, 2014
bundle soft toys
salam dan sejahtera hendakNya...
10 kilo rm 130
jom jom ...
macam macam ada per pc harga Insyallah masih boleh lagi ....
10 kilo rm 130
jom jom ...
macam macam ada per pc harga Insyallah masih boleh lagi ....
Location:
Ampang, Selangor, Malaysia
Tuesday, March 26, 2013
Selamat Datang ke Cafe Cake AF Suria Mentari
Biskut , Kek dan roti
Kami di sini berbesar hati kerna kehadiran kalian di blog kami.Di sini kami menjual pelbagai jenis kek bersesuaian dengan kadar citarasa kalian semua tergolong pelbagai lapisan masyarakat tidak kira usia .
>>>
Penghantaran sekitar Putrajaya - Ampang - Kuala Lumpur . luar kawasan Dll.
sila hubungi 0126590448 - 01131700423 -
semua kek adalah HALAL .
Kami di sini berbesar hati kerna kehadiran kalian di blog kami.Di sini kami menjual pelbagai jenis kek bersesuaian dengan kadar citarasa kalian semua tergolong pelbagai lapisan masyarakat tidak kira usia .
>>>
Penghantaran sekitar Putrajaya - Ampang - Kuala Lumpur . luar kawasan Dll.
sila hubungi 0126590448 - 01131700423 -
semua kek adalah HALAL .
| Krim Sarata RM 15 |
| Krim Sarata RM 15 |
| Coklat Mosit rm 10 |
| Coklat Mosit rm 10 |
| Cheese Bar Rm 7 |
| Lemon Cake rm 7 |
| Lemon Cake rm 7 |
| Coklat Cheese cake rm 9 |
| Coklat Cheese cake rm 9 |
| Durian nangka cake rm 8 |
| Durian nangka cake rm 8 |
| Cheese rm 8 |
| Cheese rm 8 |
| Cheese cake rm 9 |
| Cheese cake rm 9 |
| Cheese cake rm 9 |
| Cheese cake rm 9 |
| Carrot cake rm 9 |
| Carrot cake rm 9 |
| Walnut Coklat cake rm 9 |
| copicino cake rm 9 |
| Rm 9 |
| Carrot cake rm 9 |
Subscribe to:
Posts (Atom)



















